Airiena Yahaya's Blog

me, myself and.. cik erin

About Cik Erin 6 August 2009

1_112147487l
Salam.. Hello everybody! My full name is Noor Airiena Bt Yahaya. But u can call me Erin. ada jugak la yg mengenali saya sebagai Ain, Yin, Airin.. Ape2 je, mane2 pun boleh..

Saya dilahirkan pada 22 Feb 1982. Kira dah dewasa laa.. Huhu.. Saya merupakan penduduk Kpg Pondok Kempas, Selandar yg tak berapa sejati. Selandar ni terletak di Jasin, Melaka. Kalau nak dtg umah, calling2 la dulu.. Hehe..

Saya anak pada couple Yahaya b Koming dan Rozana bt Abdullah. Saya ada abg (azmi n rizal), kakak (angah, yati n zira), adik lelaki (boy n dhiyah) n adik perempuan (ita n ella). Dan ade juga nenek yg sangat comel, dan anak2 saudara yg selalu saya cium n gigit. I love my family so much. Dan saya juga tau mereka sayangkan saya. Sbb saya baik ok.. Huahuahua..

Zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, semua kat Melaka. Nasib baik la masuk u dapat kat serdang, merasa la turun naik bas. Hehehe.. Zaman belajar saya manisss sgt.. Allah menemukan saya dgn kawan2 yg amat saya sayangi. Ramai insan2 yg melekat di hati saya yg saya anggap sebagai sahabat sampai mati. U know who u are.

Sekarang ni saya dah pun bekerja.. Ada la bisnes kecil-kecilan.. Saya merupakan pemilik Delima Andaman yg berlokasi di Jasin. Baca nama kodai yo org dah tau dah saya keje ape. I mak andam.. Hehe.. Actually, this is not my job, this is my passion. Sambutan n feedback? one word. Alhamdulillah..

Saya ada bela 3 ekor kura2.. Dah 4 tahun saya jaga mereka. Nama mereka Bicek, Itek & Sophia. 2 jantan n sekor betina. Masa saya beli dulu, besar mereka cuma sebesar syiling 50 sen je.. Sekarang besar tapak tangan saya dah.. Dulu ada 5, tapi 2 ekor lagi mati. Yg mula2 saya beli nama dia Cik Tonah, saya tak pandai jaga, seminggu je dah mati. Sedih sangat.. Yg sekor lagi nama dia Sophia juga, mati sbb Bicek n Itek gigit2 kaki n tgn dia sampai mati. Kesian sangat.. Luka2 dia masa tu.. Sayu hati saya..

Tujuan saya buat blog ni sekadar ingin berkongsi secebis dari kehidupan peribadi saya dgn anda. Saya mahu mengenal diri saya sendiri dgn lebih rapat dan saya juga memberi ruang jika anda mahu mengenali saya.. Lagipun, dgn adanya blog ni, dpt juga dijadikan kenangan utk hari tua saya dan tatapan anak cucu cicit saya pada masa akan dtg, insya Allah.. Senang sikit la kot2 diorg nak buat karangan salasilah keluarga ke kan.. Hehe..

Add saya di facebook & friendster menggunakan email:
airiena222@yahoo.com

Advertisements
 

4 Responses to “About Cik Erin”

  1. along Says:

    hai makin cun la erin…apo rahsia..hehehehe..so sweet.

  2. wefoundus Says:

    “Senang sikit la kot2 diorg nak buat karangan salasilah keluarga ke kan”

    lawak lah Erin 🙂 Aku suke!

  3. ibu syirah Says:

    wahhhhhhhhhhhhh kawan ku ini juga tlh mnerjunkan diri kdlm bidang ini…….(wei rindulah ngan ko..ko rindu aku x..xkan..aku tahuuuu)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s