Airiena Yahaya's Blog

me, myself and.. cik erin

Nenek’s 85th Birthday (Part 1) 13 August 2009

Filed under: My family — airienayahaya @ 11:31 pm

Sebenarnya tarikh lahir nenek 7 Julai, tapi hari Selasa, semua bz, so buat 11 Julai, hari Sabtu. Perancangan utk majlis istimewa ni dah dirancang sejak bulan mei lagi.. Tapi rancang gitu2 je dulu la.. Hujung bulan jun baru confirm balik. Setelah dpt persetujuan, maka saya, busu nora, mak saya, mak mah n kak yati mula atur ape yg patut..

Antara cerita sebelum majlis:

1) 2 minggu sebelum majlis, saya mula memaklum n menjemput semua anak,menantu, cucu, cicit Nenek Mawa. Saya beri butir2 ringkas seperti tarikh, waktu n lokasi majlis. Saya jemput guna SMS je.. Cepat n murah. Hehe..

2) Pastu saya mula order ape yg patut diorder. Memula skali saya contact Kak Marziana, tempah 120 paket muffin. Dlm setiap paket ade 2 biji muffin (cuppucino n blueberry). Kalau sebiji je saya takut nanti adik2 sepupu n anak2 buah saya tak puas mkn.

3) Pastu saya contact Abg Din dari Sweetmoments Team selaku fotografer pada majlis nenek nanti. Saya nak supaya nenek ade album hari jadi dia sendiri, mesti dia happy. Itu la hadiah besday nenek dari saye.
Hehe.. (nenek terharu sgt masa dia dah dpt album tu, suka dia..)

4) Jamuan makan pak busu saya sudi sponsor. Ayah saya lak jamu mkn utk kenduri pada siang harinya. (majlis kitorg 2 sesi dlm 1 hari). Saya memula pening gak pale cari org sponsor kek.. Sbb saya ckp nak kek 2 tingkat, sbb ramai. Akhirnya sepupu2 saya (anak maklong) sudi sponsor. Sedap gile kek.. Ade juga kek choc tajaan kak chek.

5) Hajat nenek, dia nak buat pulut kuning, sambal tumis n telur merah. Pada yg x tau, telur merah ni adat lama, dah rebus celup ke dlm pewarna, so kulit telur tu jadi la kaler merah. Hehe.. Tapi saya tak terlibat masa proses buat telur merah. Eheh..

6) Hari isnin, 5 hari sebelum tibanya majlis nenek, saya bawa nenek gi soping barang2 dia kat Jasin. Beli pulut, telur, barang2 hadiah utk hamper, plastik utk goodies etc. Penuh 1 bonet kereta. Dah mcm nenek nak tunang. Nasib baik takde hantaran je. Haha..

7) Hari Selasa, 4 hari sebelum majlis.. Saya n kak yati mmg dari awal ade plan nak buat games, sekadar utk bersuka ria n buat riuh umah je.. Hehe.. Bila dah buat games, kena la ade hadiah kan.. So, hari tu saya siapkan balut semua skali hamper2 tu. Ade 12 hamper saya buat. Ala, dalam hamper tu ade makanan2 ringan je.. Hehe.. Nak seronok2..

8) Hari rabu, 3 hari sebelum majlis nenek.. Saya dok ngadap tv sambil buat uncang gula2 utk semua org, bukan budak je.. Hehe.. Yela, bukan ramai pun.. Dlm uncang tu ade la gula2 n choc..

9) Hari Khamis, 2 hari sebelum majlis.. Nenek dah mula bukak almari.. Semua baju dia keluarkan. Nak pilih baju mane satu nak pakai. Akhirnya, dia memilih baju kurung merah hati. Saya pula mula buat pelamin mini sebagai tempat nenek potong kek n tempat kami bergambar nanti. Almaklum la.. Mak andam.. Hehe.. Saya tanya nenek, nak buat kaler ape. Dia suruh buat hijau pucuk pisang (dah agak dah pun..mmg favourite color dia).

10) Hari Jumaat, sehari sebelum majlis. Bz day. Tengahari tu saya jemput Ella balik skolah 12 lebih. Pastu hantar dia tuisyen pukul 3, n jemput balik 5 lebih. Lepas tu terus pegi jemput Nurul (adek sepupu) kat hostel dia kat kolej yayasan melaka. Malam tu touch up pelamin sikit, n siapkan benda2 lain. Sedara pun dah ramai balik malam tu.

11) Hari sabtu.. Tibalah harinya.. Pukul 10 pagi tu saya ade appointment dgn customer. Lepas je jumpa customer saya terus jumpa kak marziana utk amik muffin. Pastu terus rushing balik umah sbb tengahari tu ayah saya buat kenduri sikit. Saya sampai umah ngam2 org tengah baca doa. Ramai sedara saya berkumpul, n ade la jemput org surau n jiran terdekat. Kenduri selesai sekitar lepas zohor la.. Lepas tu persiapan utk malam pulak, majlis hari jadi nenek.. =)

Seterusnya sambung part 2.. Huhu..

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s